Saturday, December 18, 2010

Thursday, November 4, 2010

Equipment for Saturday




"SELAMAT HARI DEEPAVALI".
Cuti hari minggu yang agak panjang (3 ari je) memberi sedikit ruang untuk membuat persediaan bagi sesi fotografi sabtu ini. Proses percubaan untuk menguji lens terbaru dalam koleksi (Pentax 50mm) pastinya akan menghasilkan kesan "bokeh" yang terbaik.

Mencari "Tema" untuk outdoor shooting.

Wednesday, November 3, 2010

Lens 50mm



2 jam tempoh percubaan untuk lens baru PENTAX 50mm - best!!!!!!!

Monday, October 25, 2010

Refresh!





Bosan tahap maksima! Hujan pun redah...



Koleksi ke-3 - Pentax-M 50mm 1.7

Friday, October 22, 2010

Weekend!

Adussss bosannya...

Hujan lebat hari ini membuatkan perancangan untuk "outdoor shooting" tertangguh seketika. Seharusnya waktu yang ada perlu diisi dengan sesuatu yang lebih bermakna.

Terpandang sebuah artikel dalam akhbar harian Metro 21 Oktober 2010. Terasa sudah lama tidak menulis artikel. Idea pun semakin berkurangan. Untuk permulaan ini artikel ini diciplak dan untuk 2 perenggan terakhir saja adalah yang ORI. :)

JURUGAMBAR HARUNGI CABARAN DAN KEPUASAN

Dunia berubah begitu pantas. Apa yang kita dapat lihat sekarang mungkin tidak dapat dilihat lagi pada masa akan datang, maka ia lebih bermakna jika dapat dirakamkan.

Begitulah kata-kata Steve McCurry, jurugambar antarabangsa yang menjadi ikon untuk majalah National Geographic dalam satu wawancara bersama wartawan suatu ketika dulu.

Memang tidak dapat dinafikan, bidang fotografi adalah satu bidang yang amat penting terutama untuk merakamkan peristiwa dan sejarah. Mungkin ada yang berpendapat melalui tulisan kita dapat menggambarkan suasana dan peristiwa masa lalu.

Tetapi jika dilihat dari satu sudut lain, gambar memainkan peranan yang penting dan mampu membuatkan kita lebih faham dengan sejarah dan kehidupan masyarakat dulu. Malah, adakalanya melalui gambar saja sudah cukup untuk memberitahu peristiwa dan kejadian yang berlaku pada ketika itu tanpa perlu diungkapkan dengan tulisan. Bidang fotografi adalah satu bidang yang sangat luas. Dengan bantuan teknologi dan peralatan yang sentiasa berkembang gambar yang dirakamkan menjadi semakin cantik dari masa ke semasa dan menakjubkan.

Mungkin ramai yang pernah terfikir untuk melakukannya kerana sedar diri berpotensi dalam subjek itu tetapi yang menjadi halangan ialah takut mengambil risiko dengan menjadikannya sebagai pendapatan seumur hidup. Ia menuntut banyak usaha, sifat berdikari dan bukan semua dapat melakukannya. Untuk mereka yang berminat, fikirkanlah mengenai potensi diri.

Menjadikan hobi sebagai kerjaya tetap memang mudah berbanding kerjaya lain kerana ia disertai minat mendalam kearah itu.

Secara jujurnya, tidak ramai yang mengaku pekerjaan yang dilakukan sekarang benar-benar memberi kepuasan. Mereka yang berani menukar hobi kepada kerja kerana bersedia melakukan sesuatu untuk kepuasan peribadi.

Bakat dan minat saja mungkin tidak mencukupi tanpa peralatan untuk merakam gambar seperti kamera. Justeru belek akhbar kerana iklan mengenai produk yang berkaitan dengan fotografi sering disiarkan untuk memudahkan orang ramai dan mendapatkan maklumat berkaitan.

Dewasa ini juga, sudah terdapat pelbagai laman web yang boleh dilayari untuk mempelajari teknik-teknik fotografi serta cara-cara penggunaan kamera agar gambar yang dirakam itu dapat mencapai kualiti ke tahap maksima. Seharusnya peluang begini seharusnya diambil untuk meningkatkan lagi pengetahuan dalam bidang fotografi ini.

Konklusinya, setiap minat atau hobi yang kita lakukan itu harus disertakan dengan kerajinan pembacaan bagi menambah pengetahuan dan menambah baikan lagi apa yang telah sedia ada dalam pengetahuan diri. Seterusnya perbanyakkan latihan praktikal bagi memudahkan dan mebuktikan maklumat yang diperolehi melalui pembacaan tadi lebih mudah difahami. segala maklumat dan pengalaman akan dapat diolah dan kelainan serta keunikan gambar tadi akan lebih terserlah.

Thursday, October 21, 2010